:: ESQ KIDS JB ::

31 Jun 2009

Setibanya diriku di Puduraya yang ramai orang , tanpa mengendahkan panggilan dari seorang manusia (haha) , ku terus menuju ke kaunter penyemakan bus transnasional .

Bagai mendapat satu kekuatan , kakiku ini terus melangkah laju menuju ke terminal . Alangkah senangnya hatiku ini melihat bas kami ke Terminal Larkin belum bertolak . Handphone ku segera ku capai . Terus jariku ini menghubungi Bam . 'Bam , cepat turun ke terminal 8 , bawak abg rezha sekali' ..

Seat kami yang bermula dari 9A , 9B dan 9C adalah satu barisan . Jika mahu diikutkan , mahu sahaja diriku ini duduk di seat solo . 9C . tapi , apakan daya , Bam telah menggondoli nya terlebih lalu . haha

Segera badanku kusandarkan ke seat 9A . menunggu abg Rezha sungguh lama ! Didalam bas kami bagai manusia yang tidak pernah bersua selama bertahun-tahun . Pelbagai celoteh kami didalam bas yang diam itu .. Sungguh lantang suara Abg Rezha Joenaedy . Sungguh . Ku lelapkan mataku sementara perutku berbunyi ..

Perutku yang tadinya berbunyi kini sudah bermain gendang . Haha . Akhirnya kami berhenti makan dan solat . entah dimana . Hanya driver bas itu sahaja yang mengetahuinya .

Seusai solat , aku dan Abg Rezha terus melangkah menuju kaunter Minuman . Ku order Neslo Ais . Abg Rezha ikut membelinya . jadi , 2 lah kan ?..

Masih segar didalam otak ku ini tentang bagaimana situasi yang menggeletek hati ku ini .. Abg Rezha dengan makcik burger ... haha . sungguh kelakar . tidak mungkin aku lupakan situasi abg Rezha dgn makcik burger itu ..

Perjalanan di teruskan . Naik bisul dah badan ni .. Mata , lelaplah kau !

Mataku segar . Kami telah sampai kami di Terminal Larkin , Johor . Kami segera menaiki Mummy Aza's kereta . sungguh enak . sungguh hitam . haha . Dengan kelajuan biasa-biasa , Mummy membawa kami ke New York .. New York Hotel , JB . Alangkah terkejut nya diriku ini apabila menyedari bahawasanya Dewan @ Ballroom hotel ini terletak di tingkat paling atas sekali . Sungguh mennyeramkan . huhu . Ketika kami berada di backstage , sungguh , kami tidak kenal sesiapa pun kecuali Mummy Aza . Peduli apa , terus kami bertiga menyediakan cawan dan chopstick untuk angel principle ..

.................................................

Breifing ATS .

Dimulakan dengan sesi berkenalan . Disaat ini , penulis , Bam dan Abg Rezha masing-masing menunding jari . untuk apa ? untuk brief tentang Rundown KIDS .

Ama : Ama taknak ! segan laa
Bam : Aku pun taknak !
Abg Rezha : Laa , Shaz jela
Bam : Dah alang-alang abang cakap tu , sambung jela !

haha . tulah die . bukan apa . takkan la nak cakap kan . dah la tak kenal sesape pun dekat situ ... adeeh !

---------------------------------------------------------------------------------

Dalam bilik kan , dapat la saluran tv indonesia , RCTI , punya la semangat abg Rezha , sampai setiap saat dalam bilik , mesti tengok channel tu ... tapi , dari situ ama tengok ada BELUT PENYET !haha , ntah ape rase .. kalau dekat jb ada ayam penyet , dekat indonesia ada belut penyet ! haha . nanti kalau ke Jakarta , pasti makan itu makanan !

Sungguh seronok !

---------------------------------------------------------------------------

1st Day Training .

Seperti biasa , kesemua ATS (KAMBING) harus memakai baju berwarna merah . waah ! pegakuan jujur la ye , pada hari itu , penulis TIDAK menggosok Baju nya ! haha , ni semua gara-gara nak cepat sangat !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Breifing Pagi

Breifing pagi pun dimulakan ..


dan dah habis ..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Breifing malam

Semua sekali diminta berkumpul di 'stage abg rezha' .. dah la kecil , tak muat semua orang duduk atas tu ... Seperti biasa , penerangan tentang hari kedua kids di bentangkan .

_____________________________________________________________________

Malam 1 Jun '09

Disebabkan kami ada seorang pemandu pelancong *kak UMMIE M* , maka , berlepaslah kami ke ... DANGA BAY !!! .. syok jugak Danga Bay. oleh-oleh dari Danga Bay : sebuah SPECK.. lawa.. murah la jugak .. RM15 .. haha ,

masih teringat kisah 'kapal senget' . haha . tidak akan kucerita itu .. kerana , sungguh kelakar.

Balik je dari Danga Bay , terus call abg rezha .

Ama : Abang , bukakn pintu
Abg Jha : Ama tak bawak kunci ke ?
Ama : lah , kan tadi abang kata takyah bawak kunci..

abg rezha membukakan pintu untukku . Terima Kasih abang REZHA ! haha .

terus , ku mandi dan gosok gigi. Peluh dan keringat akibat mengayuh basikal tadi perlu dibasmi dengan cepat ! Kerana itulah ku mengambil keputusan untuk mandi . Membersihkan badan . Terus sejadah ku gapai . Solat yuuk ! haha . terus ku tidur . Besok training lagi..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

6.20 Pagi , 2 Jun '09

Abg Rezha : ama , bangun , solat subuh..
Ama : oooh , okay

segera ku bangun . Gosok gigi , solat subuh .. sementara abg Rezha masih dengan RCTV nya itu . Lepas ku solat , ku sedar bahawa abg Rezha masih khusyuk dengan tv itu . Di saat ini laaah terpampangnya BELUT PENYET ! macam sedap ! pasti ku rasakan itu kalau ke Indonesia.

Dalam lamunan Belut Penyet, ku terlena akibat kelelahan dari semalam. Mata ku tertutup.

6.45 pagi

Abg Rezha : Ama , bangun ama , mandi
Ama : zzzz..zzz..
Abg Rezha : Ama, bangun !
ama : zzz.zzzz.zzz
Abg Rezha : Ama ! Dah pukul 7 !

Penulis dengan rasa terkejut terus bangun . Ku lihat jam . Baru 6.45 laa . rupa-rupanya Abg Rezha tipu sunat. Sebab kalau tak , ama takkan bangun.. Yelah , penat tu ke Danga Bay..

______________________________________________________________________________


Breifing Pagi , 2 Jun 2009

Seperti hari pertama , baju ku TIDAK Ku gosok ! iron masih tiada...

Breifing seperti biasa . Tiada yang istimewa..
tapi , pada saat training ini , kesemua ATS @ Kambing berbaju Biru Awan . Kak Nisa dgn Kak Tika pun sama colour die .. tapi , ada la seorang makhluk ini berbaju biru GELAP ! gelap sedikit je .. keluar tema.. haha

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

training dimulai ...
.
.
.
.
.
.
training habis ... (nothing special)

-----------------------------------------------------------------------------

Breifing .

Hah , waktu ini duduk sebelah hafetz dengan bakar (kot) .. dihujung sana , Abg Rezha , Bam dgn Mummy Aza . takpelah , nak jugak ramah mesra dengan dorang .. haha

Subhanallah , Allah Maha Mendengar .. Malam sebelum tu , baru cakap dekat Mummy nak rase ayam penyet.. Tup tup malam 2nd Day ni dapat makan penyet .. Wau ! sedap ! tapi pedas ! haha ..

Abg Rezha tidak mampu menghabiskan makanan di dalam genggaman nya . Maka , die datang dekat Hafetz , die kate :

Abg Jha : Hafetz . tengok tu , abg Deen panggil
Hafetz : mana ?

pada saat Hafetz melihat muka abg Deen , abang Rezha meletakkan segumpal nasi kedalam food box hafetz .. terus cepat-cepat dia lari ke tempat dia semula ..

kelakar laa abg Rezha ni .. haha

di saat ini juga , ku mengerti dan belajar ape kah itu 'please dong ah' , 'per-per-mit-mit-sa-sa-sa' dan 'kasihan deh loe' .. itu semua bahasa percakapan orang-orang indonesia .. syok nye !

Sebelum breifing start , kak Nisa ada cakap ;-

" Ka' Ammar (1), muka kamu persis sama adik nya Ka'Ronal (2) , gayanya , muka dan perangai nya juga sama .. cara cakap , cara gelak nya juga sama , persis deeh ! "

Ama : oh ya ? nama nya siapa ?
Kak Nisa : Angga . dari saat ini , kak Nisa panggil kamu "Ka'Angga" yaa ..
Ama : nggak kisah deeh mau dipanggil apa ..

mulai saat itu lah juga , kak Nisa dan Kak Tika memanggil ku "ka'Angga" ... haha ,


--------------------------------------------------------------

Perjalanan Pulang ke KL ~

3hb Jun , pagi .

Diriku, abg Rezha dan Bam kami tak kembali by bus. tapi dengan Kak Ummi .. pagi-pagi tu kak Ummi kena hantar sample kahak ke hospital .. Dekat-dekat hospital tu ade pantai . Kitorang ingat nak ke pantai . tapi semua lapar.

Apa lagi , semua masuk hospital , MAKAN ! sarapan di mana ? Sarapan di hospital ! haha .. Lapar tahap GABAN !

Lepas tu , Kak Ummi bawak makan 'KACANG POOL' .. SEDAP! die campuran kacang , daging , bawang dgn cili .. sedap gilee ! cicah dengan roti .. Ya Allah , nak ke jb . nak makan lagi KACANG POOL tu ! sedap gile ...

Lepas tu terus balik KL..

Dalam kereta tu kan , penat tau ! penat sebab berpose. haha . Masa tu semua boring .. tak tau nak buat apa .. kitorang pun ape lagi , ambil gambar laa . Berpuluh-puluh kali ambil gambar .. bukan ape , setiap gambar mesti tak nampak orang laa , tak lawa laa .. penat ouh !

Sampai di KL , hantar kan Abg Rezha dulu .

Mula-mula abg Rezha


thats it for now . PENING .. i'll continue .


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
(1) Kalau dekat indonesia , "kak" tu tak kisah jantina .. Lelaki pun boleh panggil "kak" ..
(2) Abg Ronal tu suami kak Nisa .. Pernah datang KIDS KL .. dia tu assisten trainer KIDS .. so , angga tu adik ipar laa for Kak Nisa ..

0 comments:

Post a Comment